Alhamdulillah 27 Syawal 1435H yang lalu Dlaila Homestay telah mengadakan majlis bacaan Yassin serta Jamuan Hari Raya..
Terima kasih kepada adik2 tahfiz dari Madrasah Tahfiz Anak Yatim serta fakir miskin Firdaus Al Warisi yg sudi memeriah kan majlis..terima kasih juga bt jiran2 serta tetamu2 homestay yg sudi meluangkan masa Menghadiri majlis kami yg tak seberapa... Insya Allah jika ada rezeki kita akan bertemu lg..
Dlaila Homestay Teluk Intan
No 4 Jalan Perkasa 2 Taman Perkasa Jalan Padang Tembak 36000 Teluk Intan, Perak No Tel. 019-5513207 @ 019-5753207 Email : dlailabeauty@yahoo.com
Tuesday, 26 August 2014
Saturday, 26 July 2014
Sunday, 29 June 2014
Salam Ramadan
As salam.. alhamdulillah hari ini 2 hari kita berpuasa..rasanya tidak terlewat Dlaila Homestay mengucapkan Salam Ramadan.. Semoga Ramadan tahun ini memberikan seribu barakah buat kita semua..Amin..
Monday, 16 June 2014
Terima Kasih
Alhamdulillah. .Cuti penggal sekolah telah pun berakhir. .Dlaila homestay mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan / puan menyewa homestay kami.. kami memohon maaf sekiranya ada yang terlebih dan terkurang.. serta sudi sudi kan lah menginap lagi di homestay kami..
Monday, 2 June 2014
Selamat Pengantin Baru
Cuti penggal sekolah telah pun bermula.. tidak sah kalau cuti sekolah tiada undangan perkahwinan..
Alhamdulillah Dlaila Homestay terkena tempiasnya juga.. Selain undangan setiap hujung minggu Dlaila Homestay menerima tetamu2 dari kalangan pengantin2 yang menyewa untuk majlis bertandang..
Di sini Dlaila Homestay mengucapkan ribu an terima kasih..serta Selamat pengantin Baru serta selamat menempuh alam yang baru.. Dlaila Homestay mendoakan semoga berbahagia hingga ke jannah..
Saturday, 31 May 2014
Demam PRK
Alhamdulillah. . Demam prk dah pun reda... Dlaila Homestay mengucapkan Tahniah pd yg berjaya..yg tidak berjaya boleh mencuba lg di lain masa..
Wednesday, 21 May 2014
Teluk Intan dan Udang Galah
Teluk Intan juga dikenali oleh kaki pancing udang galah.. Di sini nak memancing tak perlu mengikut musim..Bila bila masa kaki pancing boleh mencuba nasib.. terdapat beberapa pengusaha menyewa bot untuk para pemancing. .
Sedikit sebanyak Dlaila Homestay pun terkena tempiasnya. .di mana kaki kaki pancing boleh menginap d dlaila homestay.. Perjalanan dari dlaila homestay ke jetty d Dataran udang galah lebih kurang 5 ke 7 minit..kaki pancing juga boleh menyewa bot d Kampung Batak Rabit Teluk Intan..dari jetty Batak Rabit ke Dlaila Homestay lebih kurang 10 minit..
Tuesday, 20 May 2014
Alhamdulillah. .bulan ini demam PRK.. dengar cite banyak teman seperniagaan homestay kaya bulan ni.. hehheh Dlaila Homestay tak terlibat dengan tetamu2 dr petugas PRK..sbb Dlaila Homestay dah dpt booking dr bulan mac lg untuk kerja kahwin ..
Terima kasih buat tetamu2 bulan April yang lepas.. terima kasih kerana sudi menginap di dlaila homestay..sekiranya ada kekurangan minta di maaf kan serta di khabar kan kepada kami untuk penambah baik kan. .
Terima kasih buat tetamu2 bulan April yang lepas.. terima kasih kerana sudi menginap di dlaila homestay..sekiranya ada kekurangan minta di maaf kan serta di khabar kan kepada kami untuk penambah baik kan. .
Sunday, 18 May 2014
Batu Bertenggek Teluk Intan
Batu Bertenggek atau dikenali sebagai batu hidup ini terletak di tepi jalan laluan masuk ke pusat bandar Teluk Intan. Kedudukan nya terletak di simpang Empat antara bangunan SKOMK serta Masjid Daerah Teluk Intan. Perjalanan daripada Dlaila Homestay hanya memakan masa 5 hingga ke 7 minit..
Batu ini dikatakan semakin membesar dan kini dikatakan sebesar kereta kancil. Batu ini juga dijadikan tugu bagi memperingati pengorbanan askar semasa perang dunia kedua.
Menara Condong
Tempat menarik di Teluk Intan adalah jam tingginya yang dikenali sebagai Menara condong Teluk Intan.
Perjalanan dari Dlaila Homestay lebih kurang 7-minit sahaja. Menara condong ini terletak betul betul di tengah pusat Bandar Teluk Intan.
Kemudahan lain
Dlaila homestay juga menyediakan tempat menggantung pakaian di setiap bilik, seterika, sejadah, ampaian kain serta kemudahan parking di dalam kawasan pagar rumah.
Ruangan Dapur
Di sini juga anda tidak perlu bimbang kerana dlaila homestay menyediakan ke lengkapkan untuk memasak, periuk nasi, Pinggan mangkuk, cawan, cerek elektrik, pembakar roti, kuali serta dapur gas. Di bahagian dapur juga terdapat sebuah mesin basuh bagi kemudahan tetamu yang menginap.
Ruang Makan
Dlaila homestay juga mempunyai ruang makan yang menempatkan sebuah meja makan enam kerusi, mempunyai kipas syiling serta sebuah peti ais.
Kamar ketiga
Kamar ketiga mempunyai sebuah katil double decker, bahagian bawah bersaiz queen dan bahagian atas nya bersaiz single. Mempunyai penghawa dingin, serta kipas dinding
Kamar utama
Mempunyai 4 buah kamar tidur serta dua buah kamar mandi...
Kamar utama berserta kamar mandi utama mempunyai sebuah katil queen, penghawa dingin, kipas syiling, almari pakaian, serta meja solek.
Ruang Tamu
Subscribe to:
Posts (Atom)