Saturday, 31 May 2014

Demam PRK

Alhamdulillah. . Demam prk dah pun reda... Dlaila Homestay mengucapkan Tahniah pd yg berjaya..yg tidak berjaya boleh mencuba lg di lain masa..

Wednesday, 21 May 2014

Teluk Intan dan Udang Galah

Teluk Intan juga dikenali oleh kaki pancing udang galah.. Di sini nak memancing tak perlu mengikut musim..Bila bila masa kaki pancing boleh mencuba nasib.. terdapat beberapa pengusaha menyewa bot untuk para pemancing. .

Sedikit sebanyak Dlaila Homestay pun terkena tempiasnya. .di mana kaki kaki pancing boleh menginap d dlaila homestay.. Perjalanan dari dlaila homestay ke jetty d Dataran udang galah lebih kurang 5 ke 7 minit..kaki pancing juga boleh menyewa bot d Kampung Batak Rabit Teluk Intan..dari jetty Batak Rabit ke Dlaila Homestay lebih kurang 10 minit..



Tuesday, 20 May 2014

Alhamdulillah. .bulan ini demam PRK.. dengar cite banyak teman seperniagaan homestay kaya bulan ni.. hehheh Dlaila Homestay tak terlibat dengan tetamu2 dr petugas PRK..sbb Dlaila Homestay dah dpt booking dr bulan mac lg untuk kerja kahwin ..

Terima kasih buat tetamu2 bulan April yang lepas.. terima kasih kerana sudi menginap di dlaila homestay..sekiranya ada kekurangan minta di maaf kan serta di khabar kan kepada kami untuk penambah baik kan. .

Sunday, 18 May 2014

Batu Bertenggek Teluk Intan

Batu Bertenggek atau dikenali sebagai batu hidup ini terletak di tepi jalan laluan masuk ke pusat bandar Teluk Intan. Kedudukan nya terletak di simpang Empat antara bangunan SKOMK serta Masjid Daerah Teluk Intan. Perjalanan daripada Dlaila Homestay hanya memakan masa 5 hingga ke 7 minit..

Batu ini dikatakan semakin membesar dan kini dikatakan sebesar kereta kancil.  Batu ini juga dijadikan tugu bagi memperingati pengorbanan askar semasa perang dunia kedua.


Menara Condong



Tempat menarik di Teluk Intan adalah jam tingginya yang dikenali sebagai Menara condong Teluk Intan.


Perjalanan dari Dlaila Homestay lebih kurang 7-minit sahaja. Menara condong ini terletak betul betul di tengah pusat Bandar Teluk Intan.


Kemudahan lain

Dlaila homestay juga menyediakan tempat menggantung pakaian di setiap bilik, seterika,  sejadah, ampaian kain serta kemudahan parking di dalam kawasan pagar rumah.

Ruangan Dapur

Di sini juga anda tidak perlu bimbang kerana dlaila homestay menyediakan ke lengkapkan untuk memasak, periuk nasi, Pinggan mangkuk, cawan, cerek elektrik, pembakar roti, kuali serta dapur gas. Di bahagian dapur juga terdapat sebuah mesin basuh bagi kemudahan tetamu yang menginap.




Ruang Makan

Dlaila homestay juga mempunyai ruang makan yang menempatkan sebuah meja makan enam kerusi, mempunyai kipas syiling serta sebuah peti ais.



Kamar keempat

Kamar keempat mempunyai sebuah katil single serta kipas syiling. 



Kamar ketiga

Kamar ketiga mempunyai sebuah katil double decker, bahagian bawah bersaiz queen dan bahagian atas nya bersaiz single. Mempunyai penghawa dingin, serta  kipas dinding




Kamar Kedua

Kamar kedua mempunyai sebuah katil queen, almari pakaian, penghawa dingin serta kipas dinding.



Kamar utama


Mempunyai 4 buah kamar tidur serta dua buah kamar mandi...

Kamar utama berserta kamar mandi utama mempunyai sebuah katil queen, penghawa dingin, kipas syiling, almari pakaian, serta meja solek. 




Ruang Tamu

 Dlaila homestay mempunyai sebuah ruang tamu lengkap dengan set kerusi jati serta meja kopi. Dan mempunyai sebuah ruang menonton tv lengkap astro serta set sofa untuk keselesaan para tetamu.